Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Liku Anwar Ke Putrajaya, Tun M Masih Perlukan Umno Demi Nyawa Politik Dan Siapa Sebenarnya King Maker.

Perkembangan mutakhir politik negara makin menarik.Kita dimomokkan dengan pelbagai kenyataan media oleh Tun M yang seolah tetap akan tunaikan janji untuk menyerahkan jawatan PM kepada DSAI selepas 2 tahun. DSAI tak kurang dari 10 kali dengan kenyataan bercampur campur ,adakala seperti mencuit Tun M,adakala seperti sanggup bersabar. Diluar sana ramai yang disajikan kenyataan saling berbalas antara Tun M dan DSAI. Sebenarnya sesuatu yang tak kena dengan mereka ini,sejarah sudah terbukti 2 tokoh ini pernah berantakan. Blog ini melihat percaturan politik kerajaan PH diantara Tun M dan DSAI sebenarnya bukti kerajaan PH sekarang ini cukup lemah,menang menjadi kerajaan sekadar cukup makan. Bila bila masa boleh tumbang kerana kerusi majoriti yang cukup tipis. Umno sekarang ini dilihat sebagai king maker,Umno bakal menjadi penentu kem Tun M atau kem DSAI yang akan menjadi kerajaan. Presiden Umno,Ahmad Zahid diam diam ubi,berisi dan gerak kerja beliau cukup licik

Betulkah Mat Sabu Dan SetPol Bela Hantu Raya Umno BN. SPRM Dah Kelabu Asap?

PH berjuang mahu menghapuskan taik dan kotoran Umno BN,tetapi blog ini melihat pemimpin PH telah menjadi kesinambungan atau lebih tepat mengganti tempat pemimpin Umno BN. Kotornya sama,rasuah dan selewengnya sama cuma ganti nama parti dan orang saja. PH gagal sama sekali menghapuskan pemberi  perasuah legasi Umno,mereka ini korporat besar,syarikat besar yang dahulu membiaya kerajaan Najib kemudian tanpa segan silu berpatah arang menjadi tukang kipas kerajaan PH pula. Ambil contoh pendedahan Rafizi mengenai SetPol Menteri Pertahanan Mat Sabu yang pada waktu itu belum pun angkat sumpah sudah di mandikan dengan wang ratusan ribu ringgit untuk membayar hutang. Menarik juga apabila SPRM menjadi kelabu asap langsung tidak ambil tindakan seolah  rasuah jenis ini seperti halal kerana tidak melibatkan pemimpin sasaran mereka. Kemudian Mat Sabu menjadi perhatian lagi apabila cukup kerap ke luar negara.Semenjak menjadi menteri sudah lebih 6 kali dia terbang. Yan