Skip to main content

Liku Anwar Ke Putrajaya, Tun M Masih Perlukan Umno Demi Nyawa Politik Dan Siapa Sebenarnya King Maker.


Perkembangan mutakhir politik negara makin menarik.Kita dimomokkan dengan pelbagai kenyataan media oleh Tun M yang seolah tetap akan tunaikan janji untuk menyerahkan jawatan PM kepada DSAI selepas 2 tahun.

DSAI tak kurang dari 10 kali dengan kenyataan bercampur campur ,adakala seperti mencuit Tun M,adakala seperti sanggup bersabar.

Diluar sana ramai yang disajikan kenyataan saling berbalas antara Tun M dan DSAI.

Sebenarnya sesuatu yang tak kena dengan mereka ini,sejarah sudah terbukti 2 tokoh ini pernah berantakan.


Blog ini melihat percaturan politik kerajaan PH diantara Tun M dan DSAI sebenarnya bukti kerajaan PH sekarang ini cukup lemah,menang menjadi kerajaan sekadar cukup makan. Bila bila masa boleh tumbang kerana kerusi majoriti yang cukup tipis.

Umno sekarang ini dilihat sebagai king maker,Umno bakal menjadi penentu kem Tun M atau kem DSAI yang akan menjadi kerajaan.


Presiden Umno,Ahmad Zahid diam diam ubi,berisi dan gerak kerja beliau cukup licik.Hinggakan orang Umno sendiri persoal apa Presiden Umno ini buat sejak pegang jawatan nombor 1.


Zahid dalam diam sudah bertemu DSAI sejak balik dari Haji,perjumpaan beliau bukan sekali tetapi 2 kali dalam tempoh yang terdekat,pertemuan ini berlarutan dengan cukup lama yang turut disertai oleh Saifudin Nasution.


Kemudian,Zahid bersama kepimpinan tertinggi Umno terdiri daripada Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden telah mengadap Tun M dan Mukhriz pada 14 September lalu di Yayasan Perdana.


Pertemuan ini bukan saja berbincang mengenai hak kepentingan orang melayu malah lebih kepada bagaimana kem Tun M untuk mengekalkan kuasa.

Pertemuan ini telah mencapai keputusan dan perlihatkan pengaruh Tun M terhadap Umno cukup kuat hingga beliau mengarahkan agar Datuk Jalil dan Gerbang Perdana menguruskan ILMU,Janda Baik dan PWTC


Tun M juga mengarahkan agar Umno bertanding lawan Anwar di PD. Mat Hasan bertanding.

Tetapi ketetapan PRK Port Dikson seperti tidak dilaksanakan kerana sudah bocor disebelah pihak PKR.



Blog ini melihat 2 senario jika Umno bersetuju bersama Tun M atau DSAI.


ada 2 senario gabungan yang dijangka boleh berlaku
Senario 1 [Azmin menang Timb Presiden) 
PKR + BN + PAS + GBS + PGS (47 + 51 + 18 + 20 + 19=155)

senario 2 (Azmin kalah Timb Presiden)
Bersatu + BN +PAS + GBS + PGS + Tim Azmin
(13 + 51 + 18 + 20 + 1
9 + 20 = 141)

Percaya atau tidak,sekarang ini sedang berlaku , Umno  ini bagai janda berhias , DSAI dan PM melobi Zahid dan UMNO  untuk buat gabungan baru.

Pengamatan blog ini,perlu  kena ambil kira hubungan Zahid dengan Tun M sebelum ini... 


Begitu juga dengan semangat setiakawan Zahid  dan DSAI jika kita ikut buku, hubungan Zahid da n DSAI lebih kukuh dan akrab...


apakah Zahid boleh lupakan apa yg Tun M buat masa tahum 1998? Diperlakukan seperti  bangsat hingga Zahid kena berundur sebagai  Ketua Pemuda UMNO  masa tu...

Zahid juga tidak di beri post cabinet walau jadi ketua pemuda Umno.


prinsip politik, tiada kawan kekal dan tiada musuh yg kekal



Kita tunggu dan lihat, apa kesudahannya... yg pasti kedua2 senario akan menjadi ker1ajaan bertunjang Islam/melayu/bumiputera..

DAP dan PAN akan berputih mata!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pemimpin Kanan PDRM Terlibat Jenayah Terancang Dah Sama Hebat Dengan Hantu Raya BN

Legasi BN cukup berakar didalam kerajaan PH, contohnya seperti hantu raya mamak yang sekarang sedang sibuk menyamun  walaupun kerajaan baru. HEBAT!  Termasuk juga penjawat awam yang bermuka muka,licik dan tak kurang hebat seperti hantu raya yang kuat menyamun.  Blog ini ingin pihak atasan terutamanya Tun M ambil perhatian dan siasat adakah benar Dcp Datuk Mohd Shuhaily B Mohd Zain bos besar SB pangkat KPP di E1 dan Datuk Mohd Hasbullah B Ali Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah IPK Sarawak terlibat didalam jenayah terancang. Menjadi rahsia umum yang Datuk Hasbullah proksi kepada mantan IGP Tan Sri Khalid  yang mempunyai kaitan dengan underworld.Datuk Hasbullah menjadi tukang kutip wang dari underworld,mempunyai safe house untuk menyimpan wang haram ,kereta mewah dsb.. Adakah benar Gengster bayar jutaan ringgit kepada mantan IGP melalui Datuk Hasbullah. Setelah Datuk Hasbullah ditukar ke Sarawak ,Datuk Shuhaily pula menjadi proksi kepada...

Betulkah Mat Sabu Dan SetPol Bela Hantu Raya Umno BN. SPRM Dah Kelabu Asap?

PH berjuang mahu menghapuskan taik dan kotoran Umno BN,tetapi blog ini melihat pemimpin PH telah menjadi kesinambungan atau lebih tepat mengganti tempat pemimpin Umno BN. Kotornya sama,rasuah dan selewengnya sama cuma ganti nama parti dan orang saja. PH gagal sama sekali menghapuskan pemberi  perasuah legasi Umno,mereka ini korporat besar,syarikat besar yang dahulu membiaya kerajaan Najib kemudian tanpa segan silu berpatah arang menjadi tukang kipas kerajaan PH pula. Ambil contoh pendedahan Rafizi mengenai SetPol Menteri Pertahanan Mat Sabu yang pada waktu itu belum pun angkat sumpah sudah di mandikan dengan wang ratusan ribu ringgit untuk membayar hutang. Menarik juga apabila SPRM menjadi kelabu asap langsung tidak ambil tindakan seolah  rasuah jenis ini seperti halal kerana tidak melibatkan pemimpin sasaran mereka. Kemudian Mat Sabu menjadi perhatian lagi apabila cukup kerap ke luar negara.Semenjak menjadi menteri sudah lebih 6 kali dia terbang. ...

Parasit perasuah Umno dah mula berpaut dan makin menggila dalam kerajaan PH.

Cerita lama tetapi orangnya tetap sama,hapraknya bertambah ,busuknya makin meloyakan bila kerajaan dah berubah. Blog ini adalah pejuang sejati kerajaan baru,negara baru,Malaysia Baru.. Dibawah adalah cerita yang pernah viral ke whatspp penulis,Satu ketika penulis tak pernah ambil peduli kerana jembalang ini memang spesis Umno yang korup dan perasuah tegar. Tetapi bila jembalang ini terus lompat menyokong pimpinan Pakatan Harapan kerana mahu selamatkan bisnes sudah Mula berjinak jinak dgn Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, penulis berharap semua penyokong kerajaan perlu peduli,pemimpin negara juga amat perlu ambil tindakan tangkap dan humban ke penjara. Harap pihak SPRM tolong buat kerja. Ini baru mukadimah..ada rentetan bersiri sleeps ini. Tan Sri IGP baik orangnya, orang sekeliling ambil peluang atas kebaikan dirinya, Datuk Mustapha seperti gambar dibawah mengaku kawan rapat Tan Sri IGP hingga boleh sponsor sampai ke Paris. Kata dia lah.. Heboh jugak di KL bila anak kepada Datuk M...